Malaysia Airlines menafikan bahawa penggantungan tugas ketua pramugaranya yang juga presiden kesatuan, Ismail Nasaruddin adalah satu tindakan "mensasarkan kesatuan", tetapi menegaskan syarikat itu bertindak mengikut undang-undang.

Dalam responnya kepada Malaysiakini, syarikat penerbangan negara itu berkata ia mempunyai "hak untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas kakitanganya" jika mereka melanggar kontrak perkhidmatan.

"Sebarang tindakan disiplin akan diambil apabila semua bukti dikumpulkan. Pada masa ini, keputusan itu adalah sulit kerana ia adalah antara MAS dan kakitangan yang terlibat," kata syarikat penerbangan itu.

Ia juga berkata bahawa penggantungan Ismail, yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM), tidak melanggar Seksyen 59, Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

NONESeksyen ini menyatakan bahawa majikan tidak boleh mengancam

kedudukan seorang pekerja kerana penglibatannya dalam kesatuan sekerja.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa MAS pada 8 November, telah menggantung tugas Ismail kerana membuat kenyataan mengkritik Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kiri), yang diterbitkan dalam SunBiz pada hari yang sama.

Ismail menggesa supaya Ahmad Jauhari diganti kerana didakwa gagal menjaga kebajikan anak-anak kabin kapal MAS dan menyertai rundingan perjanjian kolektif.

Beliau sebelum ini juga menuduh Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbangan MAS (Maseu) cuba mengenepikan NUFAM yang ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu.

Menurut MAS, rundingan perjanjian kolektif untuk anak-anak kapal kabin telah dijalankan dengan Maseu dan perjanjian tersebut ditandatangani pada 12 Disember 2012.

"(Ini) telah diambil kira oleh Mahkamah Perusahaan, pada 3 Januari 2013," kata syarikat penerbangan itu, sambil menambah bahawa perjanjian itu juga menggariskan prosedur untuk mengenengahkan rasa tidak puas hati, termasuk yang berkaitan dengan kebajikan anak-anak kapal kabin.

Menurutnya lagi, Malaysia Airlines akan bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk mencapai keputusan secara baik.

[Baca berita penuh]

1. Kritik CEO, ketua anak kapal MAS digantung tugas