Seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) hari ini memohon maaf kerana menghina Orang Asli dengan mengibaratkan kaum itu dengan haiwan.

NONEPegawai tersebut Hassan Kassim (gambar sebelah, duduk) juga menjelaskan, kenyataannya itu tidak mewakili pandangan jabatannya.

Katanya, "kesalahan peribadi" yang dilakukannya itu tidak dibuat atas kapasitinya sebagai pegawai di taman negara.

"Saya minta maaf untuk kenyataan itu. Saya tidak berniat jahat dan ia dibuat tanpa berfikir," kata Hassan kepada Malaysiakini.

Masyarakat Orang Asli kelmarin menyatakan perasaan tidak puas hati dengan kenyataan Hassan yang didakwa menulis di Facebook:

"Perlu ada badan atau agensi yang mengurus soal dasar milikan tanah dan penempatan OA... macam Felda... jangan jadi macam haiwan... di mana merayau di situ tanah mereka."

Beliau dikatakan mempertahankan tindakan kerajaan meletakkan pagar berdawai sepanjang Sungai Krau untuk keselamatan hidupan liar di taman negara.

[Baca berita penuh]