mk-logo
Berita
Mural JB makin popular di kalangan penduduk
Diterbitkan:  Nov 16, 2013 3:31 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

VIDEO | 4:37 min

Kemunculan semula mural Johor Bahru yang memaparkan seorang wanita membawa beg Chanel yang sedang ditunggu oleh seorang perompak di beberapa lokasi di bandaraya itu menunjukkan mural itu menjadi semakin popular di kalangan penduduk tempatan.

NONEMajlis Bandaraya Johor Bahru telah memadam lukisan mural asal di Taman Molek Rabu lalu atas alasan ia dilukis di tempat yang tidak sesuai dan kerajaan negeri mendakwa yang ia boleh merosakkan imej bandaraya tersebut.

Bagaimanapun jb mural wipe away 131113 02beberapa penduduk tempatan yang ditemui wartawan citizen journalist, Fung Lee-Jean sejurus sebelum lukisan itu dipadamkan oleh pihak majlis bandaraya, memberi pandangan yang berbeza.

NONERamai mengatakan bahawa lukisan itu positif dan menjadi satu

peringatan tentang masalah jenayah di bandaraya itu.

"(Pada) pandangan saya, ia adalah baik (kerana ia membangkitkan) kesedaran di kalangan orang ramai (mengenai jenayah NONEragut)," kata seorang lelaki tempatan.

Sementara itu, seorang wanita berkata mural itu adalah sesuatu yang kreatif dan semua orang menyukainya.

Seorang lelaki berusia 20 tahun NONEyang ditemui di tempat mural itu, menambah:  "Ini sangat baik untuk meningkatkan pelancongan, sama seperti (mural di) Pulau Pinang, dan pada masa yang sama, mencerminkan masalah jenayah yang serius di Johor Bahru."

NONESeorang lagi wanita dalam usia 40-an itu, pula berkata, adalah lebih baik untuk memasukkan gambar seorang anggota di dalam mural itu untuk menunjukkan harapan terdesak penduduk  supaya polis dapat memerangi jenayah.

Malah, seorang pelukis tidak dikenali telah berbuat demikian, dengan menambah dalam mural kontroversi itu, gambar seorang anggota polis.

[Baca berita penuh]

 

 

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS