MP: Menteri silap tafsir kerahsiaan peguam
MP Teo Nie Ching mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri silap menafsirkan konsep kerahsiaan antara peguam dan anak guam apabila enggan mendedahkan jumlah bayaran kepada Datuk Seri Shafee Abdullah yang mewakili kerajaan dalam rayuan kes Liwat II.
Teo berkata, Nancy tidak sepatutnya menyebut bahawa kerajaan tidak boleh mendedahkan bayaran kepada Shafee yang bertindak sebagai pendakwa dalam kes itu kerana "kerahsiaan di antara peguam dan anak guam".
"Sebagai peguam, kerahsiaan ini hanya diguna pakai dalam kes peguam mendedahkan butiran anak guamnya atau butiran kes itu," kata Teo dalam sidang medianya di lobi Parlimen pagi tadi.
"Ia tidak diguna pakai dalam pendedahan bayaran yang dibuat pelanggan kepada peguam," katanya.
Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada tahun 2011, pernah mendedahkan kepada Parlimen bayaran yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Shafee ketika peguam itu mewakili SPRM dalam kes Teoh Beng Hock.
"Kenapa ada perubahan polisi kerajaan dalam masa dua tahun?" tanya Teo.
[Berita penuh menyusul]

