Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahfuz tuntut penjelasan lantikan pengerusi baru BSN
Diterbitkan:  Nov 19, 2013 2:39 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

VIDEO l 3:44 minit

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan memberikan penjelasan memuaskan berkenaan pelantikan pengerusi baru Bank Simpanan nasional (BSN), Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang berkuat kuasa pada 1 Mac lalu untuk tempoh tiga tahun.

Menurutnya, pelantikan itu menimbulkan persoalan tentang cerita sebenar di sebalik penamatan khidmat Abu Bakar sebagai ketua pengarah perkhidmatan awam pada bulan Julai 2012 selepas dikaitkan dengan kegagalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada masa itu.

"Bila saya tengok dia jadi pengerusi BSN, saya ingat ada yang tak kena pada proses tindakan ke atas dia dan proses pelantikan beliau (baru-baru ini).

"Sebab itu kerajaan perlu perjelaskan atas kelayakan apa Tan Sri Abu Bakar ini dilantik jadi pengerusi BSN," kata Mahfuz pada sidang medianya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menimbulkan persoalan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan kepadanya penamatan Abu Bakar pada tahun lalu dibuat "demi kepentingan awam".

"Penamatan telah dibuat secara teratur dan mengikut prosedur dan peraturan-peraturan yang berkaitan di bawah Peraturan 49 Peraturan-peraturan Pegawai Perkhidmatan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Perlembagaan Persekutuan," jawapan Shahidan dipetik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS