Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JPJ buka kaunter esok dan Sabtu
Diterbitkan:  Nov 21, 2013 3:32 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka pejabat negeri dan cawangannya di Kedah, Terengganu dan Kelantan esok bagi menguruskan kerja yang tertangguh.

    

Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad, di negeri lain pejabat itu dibuka Sabtu ini.

    

"Waktu perkhidmatan kaunter di semua pejabat ini akan beroperasi seperti biasa mulai jam 7.45 pagi," kata dalam kenyataan hari ini.

    

Urusan kerja JPJ tertangguh ekoran berlakunya peralihan sistem komputer SIKAP sebelum ini ke sistem mySIKAP.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS