Bila ditanya tentang isu penggunaan jet...
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sering menjadi tumpuan. Dan minggu ini ia berhubung penggunaan jet yang dibiayai kerajaan untuk penerbangannya ke Qatar bagi menghadiri satu majlis di sana, yang juga termasuk pertunjukan fesyen.
Apabila ditanya mengenainya, Rosmah nampak tidak risau, sambil
menegaskan bahawa beliau akan melakukan kerja-kerjanya.
Menurut laporan Malaysia Free Malaysia Today, Ketika ditemui pemberita di satu majlis di Kuala Lumpur pagi ini, Rosmah meminta pemberita menemui pegawai khasnya, Siti Azizah Sheikh Abod.
Mengulas mengenai kontroversi itu, Siti Azizah berkata lawatan ke Qatar itu dibuat demi kepentingan negara.
Menurutnya, ia bukan atas sebab-sebab peribadi dan Rosmah dijemput oleh Persatuan Wanita Antarabangsa.
Siti Azizah berkata, Rosmah tidak mewakili kerajaan, tetapi beliau ke sana untuk kepentingan kerajaan.
Beliau dipetik sebagai berkata, Rosmah adalah isteri perdana menteri dan beliau pergi untuk menyampai ucaptama.
Rosmah, tambahnya, berucap bukan sebagai wakil kerajaan, tetapi demi kepentingan negara.
Siti Azizah juga menolak dakwaan berlaku konflik kepentingan kerana kabinet telah memberi kelulusan untuk Rosmah menggunakan jet kerajaan.
Isunya, tegas beliau lagi, ialah mengikut pekeliling kerajaan, penggunaan jet peribadi (dibenarkan untuk) untuk mana-mana VIP, bergantung kepada kelulusan Kabinet.
Katanya, perkara itu telah dikemukakan kepada kabinet dan kabinet telah melulusnya.
Ditanya siapa yang mempengerusikan mesyuarat kabinet tersebut, Siti Azizah berkata ianya bukan satu isu.
1. 'Lawatan Rosmah jemputan peribadi, TPM lulus guna jet'
2. Majlis fesyen sebahagian dari program Rosmah guna jet
3. TPM salah lulus belanja perjalanan Rosmah

