Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Pulau Pinang Law Choo Kiang menyertai 200 lagi penyokong yang setakat ini membeli 'bata' bawah kempen kutipan dana pejabat baru Malaysiakini .

"Kamu muncul semasa reformasi.

"Secara emosinya saya terikat dengan Malaysiakini ," jelas Law yang memulakan karier politik dalam PKR pada 1999 sebagai pembantu anggota Parlimen Permatang Pauh dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

NONE "Saya tidak ada alasan besar lagi selain membantu ada membeli rumah sendiri."

Law menerima contoh bata selepas membayar RM1,000 di pejabatnya di Lebuh Light Pulau Pinang.

Law berkata, penyertaan Malaysiakini ke arena berita pada November 1999 ketika pilihan raya umum ke-10, secara tidak langsung mengubah landskap media Malaysia.

Beliau juga menggesa Malaysiakini terus memperjuangkan kebebasan media dan memainkan peranan sebagai tonggak keempat secara berkesan supaya urus tadbir lebih baik diamalkan di setiap negeri.

"Ia memainkan peranan semasa era reformasi, tetapi kami fikir negara ini masih memerlukan reformasi dan harapnya Malaysiakini terus memainkan perasaannya," katanya

Laporan adil & berimbang

Ditanya berhubung peranan portal berita itu bagi memastikan ketelusan kerajaan Pakatan Rakyat, Law berkata: "Itu tugas kamu bagi membantu kami (berkhidmat lebih baik)".

"Di sebalik kritikan, saya percaya kita boleh lakukan sesuatu yang baik, kami juga berikan kami laporan adil dan seimbang."

NONE Law juga berharap pejabat baru Malaysiakini mempunyai perlindungan keselamatan yang cukup.

"Jadi polis atau pegawai Cawangan Khas tidak boleh pecah masuk dan rampas komputer lagi," katanya sambil ketawa.

Kempen 'Beli Bata' dilancarkan minggu lalu bertujuan mengutip RM3 juta untuk pembelian bangunan di Seskyen 51, Petaling Jaya.

Termasuk pengubahsuaian, ia menelan belanja RM6 juta.