Sehari lagi sebelum berlangsungnya pemilihan MIC, seorang pemimpin parti itu dari Cheras mendakwa kepimpinan masih belum bertindak atas aduan yang difailkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

                    

Aduan itu mendakwa bahawa pemilihan cawangan Julai lalu telah dijalankan secara tidak betul.

Surat tersebut yang diperolehi Malaysiakini juga menunjukkan bahawa ROS telah meminta MIC bertindak terhadap isu itu selepas menyiasat aduan berkenaan.

Bagaimanapun, pengadu tersebut yang merupakan timbalan pengerusi MIC Cheras, K Palanisamy berkata parti itu masih belum bertindak dan mahu perkara itu diselesaikan sebelum pemilihan parti itu bermula petang esok.

Dalam suratnya aduannya bertarikh 7 November kepada ROS, Palanisamy berkata pada 21 Julai tahun ini, 14 cawangan MIC di Cheras mengadakan mesyuarat bahagian untuk memilih wakil cawangan tanpa memenuhi kuorum.

Pengadu itu juga melahirkan kebimbangan jika isu itu tidak disiasat, ia boleh mempengaruhi Perhimpunan Agung Tahunan parti (AGM) hujung minggu ini.

ROS, selepas dua minggu menyiasat, menghantar surat kepada Setiausaha Agung MIC, A Sakthivell pada 21 November, menggesa parti itu mengambil tindakan segera terhadap aduan tersebut.

[Baca berita penuh]