Penduduk Kampung Railway enggan berganjak daripada mengadakan apa yang mungkin merupakan sambutan Deepavali terakhir mereka bersama-sama, walaupun pemaju hartanah YTL Corporation telah memperolehi injunksi mahkamah terhadap perhimpunan hari ini.

Sentul Raya Sdn Bhd (SRSB), pemaju YTL bagi kawasan Sentul di Kuala Lumpur, telah mengekalkan pemilikan tanah tersebut mengikut perintah mahkamah tahun lalu, yang mengarahkan sekitar 140 keluarga setinggan di kawasan itu berpindah.

tian chua at kampung railway residents protest Beberapa penduduk bagaimanapun berhujah bahawa nenek moyang

mereka adalah pekerja keretapi di situ dan keluarga mereka telah tinggal di kawasan itu selama lebih 100 tahun sehinggalah tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu diswastakan kepada YTL Corporation pada 1993.

Walaupun ada injunksi tersebut, penganjur bagaimanapun berkata  penduduk mahu merayakan sambutan Deepavali merangkap rumah terbuka kawasan pilihan raya Batu.

MP Batu Tian Chua mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau sedang menghadiri majlis tersebut dan akan diikuti oleh pemimpin PKR yang lain.

"Kami bukan cuba untuk menghalang perayaan mana-mana masyarakat," kata seorang jurucakap SRSB, Mohd Said Bani.

Katanya, jika mereka mahu mengadakan sesuatu majlis di atas tanah persendirian, mereka perlu meminta izin tetapi menurutnya, mereka tidak berbuat demikian.

Mohd Said mengesahkan bahawa SRSB mendapat perintah mahkamah

azlan semalam mengarahkan supaya dialihkann khemah dan kanopi yang dipasang sejak beberapa hari lalu untuk perayaan tersebut.

Tambahnya SRSB telah cuba secara diplomatik dan malah telah duduk berunding dengan ramai penduduk untuk mencapai penyelesaian di luar mahkamah bagi membayar gantirugi kepada penduduk terjejas ekoran perintah pengusiran mereka dari situ, tetapi ramai yang enggan berganjak.

Tian Chua yang juga naib presiden PKR Tian Chua telah berjuang membela penduduk di situ dan telah meningkatkan protes sejak September.

[Baca berita penuh]