Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Roboh candi Lembah Bujang macam Taliban
Diterbitkan:  Dec 2, 2013 1:37 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Perdana menteri dan menteri besar Kedah harus bersuara berhubung perobohan kawasan candi bersejarah di Lembah Bujang, yang disifatkan anggota Parlimen pembangkang sebagai "kebudayaan tak bertamadun".

NONE N Surendran ( kiri ), wakil rakyat Padang Serai, berkata, seluruh negara terkejut dengan pemusnahan stuktur candi yang dibina pada abad kelapan di tapak arkeologi itu.

"Perobohan, yang dilakukan pemaju swasta, tindakan kebudayaan tak bertamadun, setanding dengan perobohan Buddga Bumiyan oleh Taliban.

"Ia amat memalukan negara kita," katanya yang juga naib presiden PKR.

Lembah Bujang, menurut Surendran, tapak arkeologi paling penting di Malaysia dan terkenal di seluruh Asia Tenggara.

"Tidak boleh difahami kerana kawasan itu tidak diwartakan sebagai tapak sejarah.

"Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan Kedah membenarkan perkara ini berlaku?" soalnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS