Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Candi purba? Pemaju dakwa tak tahu
Diterbitkan:  Dec 3, 2013 12:56 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

Bandar Saujana Sdn Bhd, syarikat pemaju yang merobohkan candi di Lembah Bujang berkata mereka tidak tahu bahawa ia merupakan tapak warisan sejarah.

Laporan The Star memetik kenyataan jurucakap pemaju terbabit, Saw Guan Keat yang berkata, mereka hanya tahu bahawa ia adalah candi purba selepas membaca laporan akhbar berkaitan.

bujang valley 011213 "Kami melawat ke tapak sebelum pembersihan pada September. Kami nampak struktur batu (candi). Kami tidak tahu benda apa itu.

"Jika kami tahu struktur itu tapak bersejarah, kami tidak akan membersihkannya," katanya yang menambah sisa-sisa batu tersebut juga telah dilupuskan oleh kontraktor.

Katanya, syarikat tersebut Bandar Saujana Sdn Bhd telah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan pada 29 November.

"Syarikat kami hanya mengambil alih projek yang diluluskan pada 1994 atau 1995," kata Saw yang menambah, syarikat itu juga membuat laporan polis di balai polis Merbok pada 29 November.

bujang valley 011213 Saw berkata, mereka telah membuat semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari lalu sebelum membeli lapan lot tanah daripada pemilik sebelumnya, juga sebuah syarikat pemaju rumah, lapor The Star.

"Carian itu dengan jelas menyatakan bahawa tanah itu tidak mempunyai bebanan (encumbrance). Syarikat kemudian meneruskan pembelian pada Februari.

"Apabila kami membuat carian sekali lagi di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi, kami tidak temui sebarang bebanan," beliau dipetik sebagai berkata semalam.

ADS