KJ: Audit aset agensi untuk bendung pengintipan
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kerajaan harus menjalankan audit ke atas aset agensi yang menjaga rahsia negara untuk mengekang risiko pengintipan dari pihak asing.
Menurut beliau Malaysia juga sepatutnya mempunya pertahanan sesuai bagi menjaga rahsia negara dan menangani risikan luar yang mungkin melakukan operasi di negara ini.
"Pemuda Umno cadangkan agar Majlis Keselamatan Negara termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Wisma Putra dan Kementerian Komunikasi untuk betul-betul buat satu pengauditan kepada aset yang sedia ada.
“Kita boleh kutuk dan (memberi) tindak balas kepada negara-negara lain tetapi tak ada gunanya berbuat demikian jika kita tidak boleh kesan (aktiviti risikan) kerana teknologi, kemampuan serta aset kita jauh ketinggalan,” katanya lagi.
“Kalau tutup kes (selesai siasatan kes pengintipan), tak bermaksud negara-negara asing tak buat benda sama. Kita boleh kutuk kes terdahulu tetapi sekiranya aset kita tidak sampai tahap yang canggih, yang boleh kesan pengintipan, benda ini boleh berlaku pada bila-bila masa,” jelasnya lagi
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Pemuda Umno hari ini.
[Berita penuh menyusul]

