VIDEO l 3:13 minit

Kerajaan berpendirian bilangan hari yang diperuntukkan bagi Dewan Rakyat bersidang adalah mencukupi bagi memberi peluang anggota Parlimen membangkitkan dan membahaskan isu-isu berkaitan.

    

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata walau bagaimanapun, penambahan bilangan hari bersidang bergantung kepada keperluan semasa.

    

"Semasa mesyuarat ketiga yang sedang berlangsung, Dewan Rakyat bersidang hingga lewat malam beberapa kali melibatkan 81 jam atau 13 hari persidangan," katanya.

    

Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    

Kepada soalan tambahan Kamarudin, beliau menjawab cadangan menambahkan lagi jumlah hari bersidang boleh dibincangkan.

    

"Kalau hendak tambah hari persidangan, kena berbincang dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan anggota Parlimen," jelasnya.

    

- Bernama