Bank di Johor terus cuti hujung minggu Sabtu, Ahad
Diterbitkan: Dec 6, 2013 3:16 PM | Dikemas kini: Dec 6, 2013 4:43 PM
Persatuan Bank Malaysia (ABM) berkata hari ini pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah mengesahkan bahawa ia tidak mempunyai bantahan kepada bank-bank komersil terus bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad.
Terdapat 17 bank anggota ABM dengan operasi cawangan di Johor.
Pada 23 November, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, mengisytiharkan perubahan hari cuti hujung minggu negeri itu kepada Jumaat dan Sabtu, daripada Sabtu dan Ahad, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
- Bernama

