Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat bilik operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau operasi Bernama dan melihat foto-foto yang dirakam oleh jurugambar Bernama sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2013 sejak Isnin lepas.

Petugas Bernama yang berada di bilik media juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama beliau.

Rosmah juga melawat kawasan operasi pertubuhan media yang lain serta beramah mesra dengan petugas media ketika melawat Laman Media itu.

- Bernama