Global Financial Integrity (GFI) mungkin menyemak semula jumlah keseluruhan jumlah aliran keluar haram Malaysia jika pihak berkuasa Singapura mengeluarkan data pengeksportan semula dari negara ini ke republik itu.

Ini ekoran dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low bahawa laporan berhubung pelarian wang haram Malaysia mungkin dinyatakan secara berlebih-lebihan kerana tidak diselaraskan dengan pengeksportan semula Malaysia ke Singapura.

NONE"Sehinggalah Singapura mula menerbitkan data pengeksportan semula dua hala, tidak banyak yang dapat kami lakukan setakat ini," kata ahli ekonomi GFI Dev Kar (kanan) melalui e-mel kepada Malaysiakini.

"Mungkin kemas kini akan datang laporan ini, kami boleh masukkan anggaran pelarian wang haram dari Malaysia mungkin terlebih catat (overstated) ekoran fakta bahawa anggaran tidak diselaraskan untuk pengeksportan semula Malaysia ke Singapura, oleh Singapura," kata Kar.

[Baca berita penuh]