Seorang lagi dituduh kes merusuh di Little India
Diterbitkan: Dec 17, 2013 4:39 PM | Dikemas kini: Dec 17, 2013 4:48 PM
Pasukan Polis Singapura telah menahan seorang warga India berusia 35 tahun berhubung insiden rusuhan di Little India di negara tersebut.
Warga India itu akan didakwa di mahkamah pada Selasa atas kesalahan merusuh di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Setakat ini 35 orang telah didakwa di mahkamah, menurut polis dalam laporan terkini mereka mengenai insdien rusuhan itu.
Pada 8 Dis, rusuhan berlaku di Little India yang tercetus daripada sekumpulan orang awam yang bertindak menyalahi undang-undang selepas satu kemalangan maut melibatkan seorang warga India berusia 33 tahun.
- Bernama

