Diskaun 20 peratus di tol Prolintas sempena tahun baru
BernamaDiterbitkan: Dec 22, 2013 10:47 AM | Dikemas kini: Dec 22, 2013 10:51 AM
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), pengendali tiga lebuh raya di Lembah Klang, menawarkan diskaun tol 20 peratus kepada penggunanya sempena Hari Natal dan Tahun Baharu 2014.
Menurut kenyataan Prolintas, lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
Pemberian diskaun bermula 6 pagi pada hari berkenaan sehingga 6 pagi keesokannya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai trafik terkini di tiga lebuh raya berkenaan, pengguna boleh melayari Twitter AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau laman sesawang www.prolintas.com.my
- Bernama

