Kesas Sdn Bhd, pemegang konsesi Lebuhraya Shah Alam (LSA) menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna sempena perayaan Hari Natal.  

Diskaun ini adalah bagi kenderaan kelas satu dan akan berkuat kuasa pada 25 Disember dari pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 tengah malam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kesas berkata dalam tempoh diskaun itu, kadar tol bagi pengguna jalan raya LSA ialah sebanyak RM1.60 berbanding kasar biasa RM2.

 

"Diskaun ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna jalan raya LSA dan juga untuk menyokong inisiatif kerajaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kesas, Imran Gulcharan.

  

- Bernama