Umno parti 'kosong intelektual'
Masih kurang perbincangan intelektual dalam parti politik, termasuk dalam Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, situasinya tidak seburuk dalam Umno, yang mempunyai “kosong intelektual”.
Perkara itu ditimbulkan oleh Pengarah Institute Kajian Dasar Khalid Jaafar (
kiri
) dalam sebuah forum di Pulau Pinang.
Beliau berkata demikian setelah membangkitkan realiti bahawa terdapat pemimpin dunia yang juga dianggap intelektual seperti bekas presiden Indonesia Sukarno, bapa pemodenan China Mao Zedong dan pejuang kemerdekaan India Mahatma Gandhi.
“Kita mahukan pemimpin yang intelektual, bukan golongan (Umno) ini... hanya ahli politik profesional tanpa idea,” Khalid, yang jgua anggota jawatankuasa pusat PKR, berkata demikian pada Ahad.
Menurutnya lagi, hasil kekurangan perbincangan intelek, ia mendorong kepada kritikan terhadap beberapa idea, seperti liberalisme.

