BN, Pakatan perlu sepakat ke arah p'raya adil
Semua rakyat Malaysia mahu melihat peta pilihan raya yang "adil", tanpa mengira sama ada mereka menyokong BN atau Pakatan Rakyat.
Naib pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Thomas Fann berkata bersandarkan harapan itu, beliau secara sukarela menerima cabaran menggerakkan semua pihak bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula.
Menurut Fann, demokrasi di Malaysia masih dianggap 'muda' walaupun telah melalui 13 pilihan raya dan merdeka selama 56 tahun.
Dengan memerhatikan kawasan pilihan raya di kawasan kejiranan mereka, beliau berharap agar warga Malaysia akan memahami hak politik mereka dengan lebih baik.
"Saya tak mahu kata keadaannya akan berubah suatu hari nanti... Namun jika ia berlaku, kita akan bekerjasama dengan BN.
"Mereka pulalah yang akan menggesa kita untuk menekan Pakatan," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

