BERITA

K'jaan pertimbang saman media salah lapor

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Apr 2014, 7:19 pagi

Kerajaan mempertimbang mengambil tindakan terhadap media yang melaporkan secara salah berhubung usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

“Kabinet mengarahkan peguam negara mengumpulkan bukti dan menasihatkan (berkaitan perkara itu),” kata pemangku menteri pengangkutan Hishammuddin Hussein dalam Twitter hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan Malay Mail yang memetiknya sebagai berkata, kerajaan “patut menyaman” media ekoran “salah laporan”.

“Kami sudah kumpulkan semua laporan palsu sejak hari pertama. Apabila tiba masa yang tepat, kerajaan patut saman mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam laporan itu, Hishammuddin juga berkata, kerajaan sentiasa telus dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac – 25 hari lalu itu.

“Kerajaan tiada apa-apa hendak disembunyikan dan saya percaya kebenaran akan terserlah akhirnya,” beliau dipetik sebagai berkata.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.