Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengingatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengabaikan tugas polis dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.

Beliau mengingatkan perkara itu susulan kenyataan Khalid yang mahu mengambil "jalan tengah" dalam kes perebutan hak jagaan anak melibatkan pertembungan kes di mahkamah syariah dan sivil.

"Bagi saya, sebagai ketua Pemuda BN, agensi penguatkuasa mesti menjunjung kedaulatan undang-undang, terutamanya apabila ia jelas," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Khalid, yang berhasrat untuk meletakkan kanak-kanak terlibat di pusat jagaan sementara, agar kedua-dua ibu bapa berpeluang melawat anak tersebut.

Khalid merujuk kepada kes M Indira Gandhi dengan bekas suami Muhammad Ridhuan Abdullah di Ipoh, dan juga kes S Deepa terhadap bekas suami Izwan Abdullah di Seremban.

Dalam kedua-dua kes berkenaan, mahkamah syariah dan sivil membuat perintah yang bercanggah antara satu sama lain dan soal hak penjagaan anak - keputusan mahkamah syariah memihak kepada pihak bapa manakala mahkamah sivil memihak kepada ibu beragama Hindu.

Mahkamah Tinggi Seremban mengeluarkan perintah kepada polis untuk mengembalikan V Mithran kepada ibunya, Deepa, manakala Muhammad Ridhuan sudah melanggar tempoh ditetapkan mahkamah untuk memulangkan anak berusia enam tahun kepada bekas isterinya, Indira.

Khairy berkata perkara itu sepatutnya diselesaikan secepan mungkin dan kabinet akan membincangkan perkara itu pada hari Jumaat.

[Baca berita penuh]

ADS