mk-logo
Berita
MAS anjur majlis bacaan doa untuk mangsa MH17
Diterbitkan:  Jul 24, 2014 9:42 AM
Dikemaskini: 9:46 AM

Malaysia Airlines (MAS) akan menganjurkan majlis khas bacaan doa untuk memperingati pemergian anak kapal dan penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

    

Jurucakapnya hari ini berkata majlis bacaan Yasin dan Tahlil akan diadakan di Masjid Petra, Kelana Jaya pada 6.30 petang ini, manakala satu majlis khas bacaan doa antara agama akan diadakan di Akademi Malaysia Airlines, Kelana Jaya pada 8.30 malam esok.

    

Katanya Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan menghadiri majlis khas itu.

    

Majlis bacaan doa esok akan bermula dengan upacara untuk orang Islam pada 8.50 malam, diikuti penganut Kristian (9.05 malam), Sikh (9.20 malam), Buddha (9.35 malam), Tao (9.50 malam) dan Hindu (10.05 malam).

    

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS