Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga minyak jatuh hampir AS$60 setong
Diterbitkan:  Dec 11, 2014 11:35 AM
Dikemaskini: 5:24 AM

Harga minyak jatuh lima peratus pada Rabu, menjadikan minyak mentah Amerika Syarikat terendah dalam tempoh lima tahun dengan harga setong kini hampir AS$60.

Ini berlaku selepas data menunjukkan peningkatan dalam inventori AS dan menteri Arab Saudi pula menegaskan tiada rancangan untuk memotong pengeluaran, lapor Reuters .

Harga minyak mentah Brent dunia jatuh hampir separuh setelah mencecah paras tinggi AS$115 pada Jun ekoran peningkatan pengeluaran AS dan permintaan pasaran yang dijana akibat surplus yang tidak mampu diserap oleh pengeksport minyak terbesar dunia itu.

Menteri minyak Saudi Ali al-Naimi, dalam lawatan ke Peru, menolak cadangan mengurangkan pengeluaran selepas berkata pasaran akan menentukan sendiri harganya.

Arab Saudi, anggota utama Persatuan negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) mengekalkan jumlah pengeluaran mereka antara 9.6 juga hingga 9.7 tong sehari pada November.

“Ini tidak akan berubah melainkan ada pelanggan lain datang dan kata mereka mahu lebih banyak minyak,” Naimi dipeti sebagai berkata pada Rabu.

Lihat Komen
ADS