'Udang kara lebih penting dari manusia?'
Diterbitkan: Dec 11, 2014 1:55 PM | Dikemas kini: Dec 11, 2014 2:44 PM
Anggota parlimen DAP Charles Santiago mempersoalkan sama ada makanan mewah, seperti udang kara, lebih penting daripada nyawa manusia kerana ia dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Sedangkan, katanya, tidak semua ubat mendapat status kadar sifar cukai itu.
“Adakah udang kara ini lebih berdarjat tinggi daripada manusia?” katanya kepada Malaysiakini di pusat khidmatnya di Klang hari ini.
Charles juga berkata, tanpa kadar sifar GST untuk ubat-ubatan, bukan sahaja golongan miskin tetapi golongan pertengahan juga akan terjejas dengannya.
GST akan mula dilaksanakan pada April tahun depan.

