'Henti ke luar negara sebelum hilang jawatan'
Diterbitkan: Dec 14, 2014 11:54 AM | Dikemas kini: Dec 14, 2014 11:56 AM
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi ‘nasihat’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak kerap membuat lawatan keluar negara, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pentadbirannya.
“Kepada perdana menteri, saya mahu nasihatkan, sebelum kamu hilang jawatan dan kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara.
“Saya merayu desak, nak melawat boleh melawat tetapi tumpu pada negara,” katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.
Ibrahim ( atas ) turut berkata perdana menteri dari negara lain turut membuat lawatan keluar negara namun tidak sebanyak Najib.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.