Pencuri pecah masuk premis perniagaan di KB
Terdapat individu yang kesempatan daripada banjir yang berlaku dengan memecah masuk enam premis perniagaan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Rohaimi Md Isa berkata kes terbesar berlaku di sebuah pasar raya di Wakaf Che Yeh yang dipecah masuk Sabtu lalu.
"Kita percaya ia dilakukan lebih 20 individu dengan pelbagai barangan termasuk pakaian serta perkakasan elektrik dilarikan," katanya kepada Bernama .
Beliau berkata tindakan memecah masuk premis itu pada mulanya dilakukan sekelompok kecil individu sebelum diambil kesempatan pula beberapa remaja lain.
Beliau berkata lima individu berusia antara 12 dan 30 tahun telah ditahan berkaitan kesemua kes berkenaan.
"Perbuatan ini dilakukan bukan disebabkan mereka kelaparan kerana banjir.
"Kita kecewa apabila sepanjang tempoh pasukan kita menyelamatkan mangsa banjir, masih ada yang mengambil peluang," katanya.
- Bernama

