Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahidan mahu jadi pendamai Dr M-Najib
Diterbitkan:  Jan 26, 2015 5:59 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Lemas dengan pergeseran antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassin menggesa kedua-dua pemimpin itu memfokuskan usaha untuk membangunkan negara.

Shahidan yang juga MP Arau turut memutuskan untuk menjadi orang tengah mendamaikan dua kem tersebut.

Beliau yang juga bekas menteri besar Perlis sedia bertemu dengan Dr Mahathir dan Najib untuk membincangkan isu tersebut.

"Saya rasa cukup sedih jika isu ini terus berlarutan. Agenda besar adalah untuk membangunkan negara dan membetulkan kesalahan.

“Saya sedaya upaya untuk menenangkan keadaan. Bagi saya, ia tidak betul dan sepatutnya tidak berlaku," katanya kepada pemberita hari ini.

Dr Mahathir secara terbuka mengkritik pentadbiran Najib dan polisinya serta jumlah hutang yang ditanggung oleh firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cetusan perdana menteri itu.

Rakan rapat bekas perdana menteri seperti bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin turut diserang.

Walaupun Najib tidak membalasnya, adalah mengejutkan apabila media yang dikait dengan Umno mula memberi ruang kepada PKR dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menyerang Daim.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS