Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Blog digantung, ramai akses artikel 1MDB
Diterbitkan:  Mar 13, 2015 4:55 PM
Dikemaskini: 2:14 PM

Blog popular milik Tun Dr Mahathir Mohamad kini digantung, beberapa jam selepas satu artikelnya mengkritik keras pentadbiran perdana menteri dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Apabila cuba diakses, tertera perkataan " this account has been suspended " atau "akaun blog ini telah digantung". Puncanya masih belum dapat dipastikan.

Perkara ini mula disedari menjelang jam 4.30 petang apabila semakan Malaysiakini mendapati blog popular itu CheDet.cc tidak dapat diakses.

Namun semakan pada jam 6.50 petang mendapati blog tersebut sudah boleh dibaca tetapi lambat untuk dimuatturun.

Capaian kepada blog itu juga tidak stabil.

Seorang pegawai Dr Mahathir berkata masalah itu mungkin akibat terlalu ramai ingin mengunjungi blog itu.

Dihubungi Malaysiakini , pegawai itu menolak kemungkinan wujud sabotaj.

Dr Mahathir, antaranya, mengungkit kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, menggesa siasatan forensik polis terhadap 1MDB serta memberi amaran BN mungkin tewas dalam pilihan raya umum akan datang akibat masalah syarikat pelaburan tersebut.

Tulisan panjang itu bagaimanapun telah beredar secara meluas di Internet.

[Baca berita asal]

Berita berkaitan:

Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Dr Mahathir: Siasat, bukan hanya audit 1MDB

Blog pro-Umno: Dr M tidak lagi sokong Najib

'Ringgit lemah, hutang 1MDB dijangka naik'

1MDB punca BN akan kalah pilihan raya?

PKR: Suntikan RM950 juta jelas penyelamatan

PetroSaudi kecam sedutan e-mel 'terpilih'

DAP: Dua-dua PM, timbalan harus undur

Lihat Komen
ADS