Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Blog pro-Umno: Dr M tidak lagi sokong Najib
Diterbitkan:  Mar 13, 2015 6:36 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menyokong Datuk Seri Najib Abdul Razak susulan kelemahan kepemimpinan perdana menteri, termasuk isu isterinya dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dakwa seorang penulis blog pro-Umno.  

Shahbudin Husin, penulis empat buku anti-Najib, mendakwa kesimpulannya itu selepas berbual dengan Dr Mahathir selama hampir sejam di pejabat mantan perdana menteri itu di bangunan KLCC semalam.

Tambah bekas pemimpin Pemuda Umno Wangsa Maju itu, butiran lain perbualan beliau itu tidak dapat didedahkan buat masa sekarang. Beliau juga tidak menyatakan siapa lagi terlibat dalam pertemuan itu.

"Tetapi dalam bahasa yang mudah, Mahathir tetap tidak bersetuju dan kekal dengan pendiriannya tidak lagi menyokong Najib sebagai perdana menteri," tulis ahli Umno itu di blognya hari ini.

Shahbudin berkata isu-isu lain yang menjadi isi perbualan mereka termasuklah mengenai Datin Seri Rosmah Mansor, beberapa pemimpin kanan Umno - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - masa depan parti itu dan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Pandangan kritikal Dr Mahathir hampir tidak berbeza dengan apa yang ditulisnya dalam dalam blog CheDet.cc hari ini yang mengkritik kekayaan keluarga perdana menteri dan serangannya yang lebih keras dalam isu-isu berkaitan 1MDB.

"Oleh itu, (berdasarkan pertemuan itu) saya melihat apa yang ditulis oleh bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini adalah cetusan naluri dan pendirian sebenarnya yang kekal tidak menyokong kepimpinan Najib," tambahnya.

Tulis dalam buku

Dr Mahathir hari ini, antaranya, mengungkit kekayaan keluarga Najib, menggesa siasatan forensik polis terhadap 1MDB serta memberi amaran BN mungkin tewas dalam pilihan raya umum akan datang akibat masalah syarikat pelaburan itu.

Shahbudin memberikan bayangan bahawa sebahagian daripada isi perbualan beliau dan Mahathir akan dimuatkan dalam buku terbarunya nanti.

"Memandangkan banyak perkara yang disentuh oleh Mahathir dalam pertemuan petang semalam selari dengan objektif buku baru yang bakal saya terbitkan, saya bercadang untuk memuatkannya dalam buku tersebut bagi memantapkan lagi kandungan serta pengisiannya," tulisnya.

Sementara itu, blog Mahathir tidak digantung kira-kira 90 minit petang ini selepas beliau menerbitkan rencana yang kritikal terhadap 1MDB.

Semakan pada 6.50 petang mendapati ia kembali boleh dilayari walaupun keadaannya masih tidak stabil.

[Baca berita asal]

Berita berkaitan:

Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Blog digantung, ramai akses artikel 1MDB

Dr Mahathir: Siasat, bukan hanya audit 1MDB

Blog pro-Umno: Dr M tidak lagi sokong Najib

'Ringgit lemah, hutang 1MDB dijangka naik'

1MDB punca BN akan kalah pilihan raya?

PKR: Suntikan RM950 juta jelas penyelamatan

PetroSaudi kecam sedutan e-mel 'terpilih'

DAP: Dua-dua PM, timbalan harus undur

Lihat Komen
ADS