Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hudud: Gerakan ambil tindakan cabar pindaan

Gerakan mengambil tindakan undang-undang mencabar pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata pasukan undang-undang mereka memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pagi tadi terhadap Kelantan, untuk mengisytiharkan hukum hudud sebagai bercanggah dengan perlembagaan.

"Pada bulan April 2014, Pemuda Gerakan menghantar notis kepada PAS bahawa kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar pelaksanaan undang-undang Hudud di Kelantan atau mana-mana bahagian lain di Malaysia.

"Masa yang mencukupi telah diberikan kepada mereka untuk menimbang semula keputusan mereka.

"Kami percaya tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi pelaksanaan undang-undang Hudud di Malaysia. Ia juga tidak pernah dipersetujui ketika Malaysia dibentuk,” katanya.

Tan turut menggesa pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meletak jawatan kerana kegagalan mereka menghentikan pembentangan undang-undang Hudud.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS