Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kita Lawan merancang sebuah lagi perhimpunan besar di hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu negara Sabtu ini.

Bagaimanapun, selain menolak pentadbiran Najib dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), mereka turut mahu sama-sama ‘meraikan’ perkahwinan anak perempuan perdana menteri Nooryana Najwa, minggu lepas.

Pemimpin PKR dan ketua NGO Jingga 13 Fariz Musa ( bawah ) berkata mereka merancang berarak dari Sogo ke Menara Berkembar Kuala Lumpur pada 28 Mac, tertakluk kepada perubahan akhir.

“Kita merancang berarak ke KLCC untuk ‘meraikan’ perkahwinan anak perempuan Najib Razak, tetapi saya jangka akan ada penghalang di pelbagai tempat,” kata Fariz.

Kumpulan itu merancang berkumpul di tiga lokasi - Masjid Jamek, Dataran Merdeka dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut - pada jam 4 petang Sabtu ini.

Minggu lalu, Nooryana melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, seorang anak pembesar Kazakhstan.

Kenduri pertamanya dibuat di KLCC Sabtu ini pada jam 8 malam.

Kita Lawan mensasarkan kehadiran lebih ramai berbanding perhimpunan besar mereka pada 7 Mac lalu yang menyaksikan lebih 10,000 orang hadir.

Fokus Kita Lawan pada kali ini untuk menolak pentadbiran Najib yang didakwa tamak dengan mengenakan GST selain terus mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka juga menuntut Najib dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meletak jawatan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS