Portal dalam talian Malaysiakini berbesar hati melancarkan hub pendidikan kami, Campuskini .

Campuskini cuba menjadikan ibu pejabat baru Malaysiakini - @Kini - sebagai hub pembelajaran.

Campuskini akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai kursus, program latihan korporat dan bengkel yang lebih kasual bagi mensasarkan golongan belia dan pelajaran sepanjang hayat.

Kelas pengajian akan diadakan di @Kini, dalam ruang yang sesuai dalam kawasan premis tujuan pengajaran.

Orang awam boleh mengikuti dengan teliti dan mendaftar untuk mana-mana kursus di Campuskini malah bebas mencadangkan kursus sendiri berkaitan dengan mata pelajaran atau bidang mereka.

Jika kursus tersebut bersesuaian, Malaysiakini dan pengajar akan menjalankan kursus itu bersama-sama dan pendapatan akan dibahagi-bahagikan.

Dua kursus utama yang akan diperkenal fasa pertama di Campuskini Google Analytics : Best Practices & Practical Applications’ dan ‘Facing the Media : Navigating Crisis Communications & Public Relations’.

Kursus pertama akan diketuai Chu Tzu Ming, seorang rakan kongsi dan ketua pegawai eksekutif sebuah firma berasaskan modal serantau. Chu melabur, menyusun semula serta mengambil banyak syarikat termasuk rangkaian pengiklanan dalam talian di bursa saham London.

Chu berunding dengan firma perunding teknologi terkemuka AT Kearney dan Deloitte Consulting, dengan terlibat dalam aplikasi meramal dan pangkalan data.

Syarikat multinasional terbesar dalam sektor media dan mudah alih, termasuk Axiata dan Hewlett Packard antara pelanggannya.

Manakala kursus kedua akan dikendalikan oleh pakar perhubungan media dan pengajar M Krishnamoorthy yang mengajar penulisan berita dan rencana di kampus Monash, Murdoch, HELP, IACT dan Utar.

Krishnamoorthy pernah memberi kuliah mengenai hubungan media, pengurusan krisis dan komunikasi dalam seminar pembelajaran di The Star serta membuat membuat pembentangan di Malaysia, Singapura, Filipina dan Amerika Syarikat.

Di samping itu, beliau turut melatih pihak pengurusan atasan dalam sektor swasta, ketua pengarah, ketua setiausaha kerajaan Malaysia termasuk duta Malaysia bagaimana berurusan dengan media.

Campuskini berharap dapat menjadi yang pertama dalam memulakan inisiatif oleh Malaysiakini untuk mempelbagaikan aktiviti serta berterusan produktid mencari jalan untuk berkhidmat demi masyarakat dan Malaysia yang lebih baik.

[Baca berita asal]