'Saya takkan layan tuduhan tak betul'
Diterbitkan: May 1, 2015 3:29 PM | Dikemas kini: May 1, 2015 3:32 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan kepimpinannya akan lebih menumpukan kepada kerja-kerja membangunkan negara dan bukan melayan tuduhan terhadapnya.
“Saya tidak gemar melayan tuduhan-tuduhan yang tidak berapa betul hujung pangkalnya,” katanya dalam mesej sempena sambutan hari buruh.
“Ini kerana di era media sosial, isu senang tersebar tanpa batasan.
“Melayan isu-isu ini pada setiap masa hanya akan mengalihkan tumpuan saya daripada usaha memajukan negara. ”

