Polis mahu peserta himpunan anti-GST Maisara Amira Mohamad Asmadi hadir ke ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur (IPKKL) untuk mempercepatkan penyiasatan berhubung dakwaanya bahawa seorang polis mengugut untuk merogol sewaktu ditahan.

Maisara berkata seorang pegawai polis mengugut untuk merogolnya jika dia tidak bekerjasama sewaktu penyiasatan ketika ditahan reman di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 4 Mei, selepas ditahan menyertai demonstrasi membantah cukai barangan dan perkhidmatan.

"Hubungilah ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur (OCCI KL) esok pagi, bawa Maisara ke IPK KL supaya kita segerakan siasatan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khaid Abu Bakar kepada peguam Maisara, G Sivamalar dalam Twitternya semalam.

Khalid juga berkata ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur telah merakamkan percakapan enam individu berkaitan kes tersebut.

Dalam sidang medianya semalam, Maisara, 21, menggesa satu kumpulan penyiasat khas perkara itu ini bagi mengelak cubaan menutup kes.

Dia membuat laporan polis mendakwa mendapat ugutan rogol di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada 6 Mei sehari selepas dia dibebaskan.

[Baca berita asal]