Sarimah Awang, 45, dari perkampungan KEDA Keledang, Kuala Ketil berkata ibu bapa yang ingin dicarinya bernama Wan Hasnah Wan Mansor dan Salleh Said yang kedua-duanya kini dipercayai berusia lingkunan 70-an.

Beliau berkata beliau diserahkan kepada ibu bapa angkatnya iaitu Awang Awang Kecik dan Wan Jah Wan Chik di Kampung Carok Putih di Baling beberapa hari selepas dilahirkan.

"Pada Aifilfitri kali ini, saya mahu memeluk kedua ibu bapa saya yang tidak pernah saya lihat sepanjang hidup saya," katanya.

Menurut Sarimah, dari surat pendaftaran kelahirannya, bapanya dicatat sebagai bekerja di Hospital Baling pada 1970 dan tinggal di Siong di Baling.

Sesiapa yang mengetahui berkenan ibu bapanya, boleh menghubunginya di talian 019-5276026.

- Bernama