Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan perdana menteri "Maharaja Najib" bersifat diktator susulan keadaan terkini, termasuk penyingkiran timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet.

"Jelas beliau menjadi seorang diktator yang menyalahgunakan kuasa bagi memastikan pemisahan kuasa masih lagi berada dalam tangan beliau," tegasnya.

Sementara itu, merujuk itu dana parti politik, Izzah berkata Najib tidak harus menggunakannya untuk mengalihkan tajuk daripada isu yang sedang dihadapinya.

Izzah berkata hal berkaitan dana politik boleh dibincangkan selepas siasatan berkaitan 1MDB, syarikat pelaburan negara yang dicetuskan Najib, berakhir.

“Hal-hal lain itu terima kasih perdana menteri, selepas jawab bab (siasatan ke atas kamu) itu, kita boleh bincang bersama (isu dana politik).

“Saya tidak ada masalah. Saya sendiri pelopor reformasi pembiayaan dana politik. Tidak ada isu, tapi jangan tukar tajuk di tengah jalan.

"Tidak sampai seminggu dah tukar tajuk berkali-kali dah,” katanya.

Izzah berkata demikian dalam sidang media selepas sambutan majlis ulang tahun hari lahir ayahnya ke-68 di luar penjara Sungai Buloh hari ini.