JAWI tak dapat kebenaran rayu kes Nik Raina
Diterbitkan: Aug 25, 2015 2:19 PM | Dikemas kini: Aug 25, 2015 2:25 PM
Pengurus kedai buku Borders Nik Raina Nik Abdul Aziz kekal sebagai individu bebas selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terhadap keputusan mahkamah lebih rendah berhubung pengedaran buku penulis kontroversi Irshad Manji.
Rayuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu didengar oleh panel tiga hakim.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan JAWI dan ketua pendakwa raya.
“Ini keputusan sebulat suara.
“Tiga persoalan yang dibangkitkan kepada kami oleh pemohon tidak melepasi Seksyen 96 Akta Mahkamah dan kami oleh itu menolak permohonan tanpa kos,” kata Arifin.

