Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan tangguh keputusan batal gantung The Edge ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kos RM4,000 dibayar kepada harian kewangan The Edge selepas menolak permohonan penangguhan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Peguam kanan persekutuan Alice Loke, yang mewakili KDN, berkata kos harus dibayar oleh responden sususlan penolakan penangguhan terhadap keputusan membatalkan penggantungan The Edge .

Loke mengesahkan penilaian kerugian akan dibuat kemudian.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar hari ini.

Pada 21 September lepas, Asmabi membatalkan keputusan menteri dalam negeri yang menggantung tiga bulan penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Asmabi turut memerintahkan supaya ganti rugi dialami dua penerbitan itu dinilai dan menetapkan kos perundangan berjumlah RM15,000.

Penerbitan The Edge dan The Edge Financial Daily digantung kerana menyiarkan laporan berhubung isu 1MDB.

Artikelnya dituduh mengandungi penerbitan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggugat keselamatan serta kepentingan negara.

Penggantungan itu dikritik aktivis media media ( gambar ) sebagai mencabul kebebasan media manakala pembangkang dan aktivis pula melihatnya sebagai usaha menutup dakwaan skandal 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS