Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur berhubung ucapannya semasa perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac lalu di KLCC.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan menghasut terhadap badan penghakiman berhubung hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sivarasa, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Beliau kemudiannya menetapkan 19 November sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan wakil rakyat PKR itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin

Sekiranya didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman maksimun denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sivarasa akan secara automatik hilang kerusinya jika dipenjara melebihi RM2,000 atau dipenjara lebih setahun.

Beliau diwakili oleh peguam M Puravalan yang dibantu oleh Datuk Ambiga Sreenvasan, N. Surendran, Eric Paulsen dan Sivamalar Genapathy.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS