Pua: BN mahu keluarkan saya dari PAC

Zikri Kamarulzaman        

Pengkritik lantang 1MDB Tony Pua hari ini mendakwa BN mahu beliau dikeluarkan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu bagaimanapun mempertahankan diri bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebagai anggota jawatankuasa itu.

“Saya tidak tahu sama ada perlu bimbang atau tidak. Jelas sekarang BN mahu saya keluar dari PAC.

“Saya tidak pernah langgar peraturan mesyuarat, dan tidak pernah bocorkan apa yang tidak didedahkan kepada orang awam,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen.

Beliau diminta mengulas kenyataan pengerusi baru PAC Datuk Hasan Arifin ( gambar ) yang berkata mesyuarat akan datang jawatankuasa itu akan membincangkan nasib Pua.

Pua sering dikritik kerana membuat kenyataan umum dan dakwaan mengenai firma itu sebelum siasatan jawatankuasa itu tamat.

Pelbagai pihak menyifatkannya sebagai melanggar etika dan menggesa Pua digugurkan daripada PAC.

Hasan semalam berkata, beliau tidak boleh membuat keputusan berdasarkan tanggapan terhadap Pua dan perlu menunggu sehingga ia dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In