Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah benarkan aktivis Khalid diikat jamin interim
Diterbitkan:  Oct 29, 2015 11:36 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini membenarkan aktivis Khalid Mohd Ismath diikatkan jamin sementara , kata bekas Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan.

Bagaimanapun, mahkamah juga memberikan pihak pendakwaan membuat penangguhan permohonan ikat jamin pada 11 November.

Ikat jamin sementara itu disertai beberapa syarat: Khalid mesti menyerahkan pasportnya kepada pihak berkuasa dan melaporkan diri ke balai polis terdekat esok dan pada 10 November.

Ikat jamin interim itu juga ditetapkan pada RM5,000 setiap pertuduhan. Ini menjadikan jumlahnya RM70,000 untuk semua 14 tuduhan.

"Kami cuba untuk dapatkan ikat jamin itu, kami sedang berusaha mencari wang.

"(Ini) RM70,000 tahu, ia adalah banyak wang. Kami harap dapat membebaskannya (Khalid) hari ini," kata Arutchelvan ( kiri ) kepada Malaysiakini .

Khalid dikenakan 14 tuduhan - 11 mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia dan tiga tuduhan mengikut Akta Hasutan.

Sebelum ini, beliau dinafikan ikat jamin kerana bimbang akan melarikan diri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS