Seorang pegawai polis yang sedang disiasat kerana menghina kerajaan Thailand ditemui mati tergantung dalam sel tahanannya.

Anggota polis itu Prakrom Waranprapa ditahan bersama dua yang lain pada minggu lalu kerana dipercayai menghina kerajaan Thailand lapor, Channel News Asia.

Menteri Kehakiman Thailand, Paiboon Koomchaya berkata Prakrom ditemui menggantung dirinya pada 23 Oktober dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Kata Paiboon lagi, pihak polis sedang menjalankan otopsi terhadap mayat Praktom namun, apapun hasilnya semua pihak harus menerima kerana ia adalah kes berprofil tinggi.

"Apapun keputusannya, kita harus menerimanya karana ia adalah kes berprofil tinggi yang melibatkan kepentingan awam,” Paiboon dilaporkan sebagai berkata.

Sementara itu, dua lagi yang ditahan bersama Prakton, Suriyan Sujaritpalawong dan Jirawong Wattanathewasilp dituduh mendakwa kerajaan melakukan penipuan bagi keuntungan peribadi dan ia dianggap telah menghina kerajaan Thailand.

Thailand menjatuhkan hukuman berat terhadap kes fitnah, menghina atau mengancam raja,permaisuri, waris kepada takhta atau pemangku raja.

Kes itu disiasat mengikut Perkara 112 Kanun Jenayah dan sesiapa yang disabitkan menghina monarki berhadapan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap kesalahan.