Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah akan didakwa berhubung perhimpunan BERSIH 4, kata pegawai badan pemantau pilihan raya itu, Mandeep Singh.
Dalam tulisan di Twitter, beliau berkata Maria akan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman, Selasa depan.
Perhimpunan selama 34 jam yang berakhir pada tengah malam pada 31 Ogos itu menyaksikan puluhan ribu orang turun untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Baca berita penuh
