Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SYABAS: Tak benar ada gangguan bekalan air di KL, S'gor
Diterbitkan:  Dec 18, 2015 6:00 AM
Dikemaskini: Dec 18, 2015 3:47 AM

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menafikan maklumat palsu yang tersebar menerusi laman sosial berhubung gangguan bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mulai semalam.

SYABAS dalam kenyataan berkata maklumat yang tersebar itu merujuk kepada gangguan air yang telah berlaku pada tarikh yang sama dua tahun lepas.

"Tiada gangguan bekalan air seperti yang telah disebarkan, ia hanya tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab," menurut kenyataan itu.

Menurut laporan palsu itu, gangguan air akan melibatkan 217,694 pengguna di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang dan Shah Alam.

Justeru, SYABAS berharap para pengguna tidak membuat sebarang spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik.

Bagi mendapatkan maklumat terkini, layari laman sesawang SYABAS www.syabas.com.my.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS