Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Tiada rakyat M'sia akan diabaikan
Diterbitkan:  Dec 24, 2015 5:58 PM
Dikemaskini: 2:30 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tiada rakyat Malaysia akan ditinggalkan di belakang tatkala negara pesat membangun dalam perjalanan menuju menjadi sebuah negara maju.

"Dan kami kekal teguh dalam mendukung kebebasan beragama seperti termaktub dalam perlembagaan kita," katanya dalam catatan terbaru dalam blog beliau www.najibrazak.com.

Najib juga berkata rakyat Malaysia beruntung dan bertuah menjadi sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang hidup bersama-sama secara aman dan harmoni.

"Mari kita meraikan musim perayaan ini dan menyambut Tahun Baru dengan azam baru dan menjadikan sebagai misi peribadi kita untuk memikul tanggungjawab dalam membawa Malaysia ke puncak kejayaan," katanya.

Perdana menteri mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Krismas' kepada rakyat Malaysia beragama kristian dan "Selamat Menyambut Tahun Baru' kepada semua rakyat Malaysia.

"Kita memang menanti-nantikan kedatangan tahun baru, walaupun wujud ketidaktentuan di peringkat global," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS