Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WSJ: Walau sarat hutang, 1MDB utamakan perbelanjaan politik
Diterbitkan:  Dec 29, 2015 4:36 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) hari ini mendakwa syarikat pelaburan negara 1MDB terus memberi keutamaan kepada perbelanjaan politik walaupun aliran tunai tidak mencukupi untuk membayar balik hutang saratnya.

Lembaga pengarah 1MDB dilaporkan terkejut dengan kedudukan kewangan syarikat yang sebegitu lemah dan menyatakan kebimbangan mereka pada mesyuarat lembaga pada tahun lalu.

Para pengarah juga membincangkan sama ada mereka menghadapi masalah besar dan pihak polis akan melancarkan siasatan ke atas syarikat.

Akhbar yang beribu pejabat di Amerika Syarikat itu membuat pendedahan berkenaan berdasarkan minit mesyuarat 1MDB pada 20 Disember, 2014.

"Minit mesyuarat menggambarkan syarikat mengutamakan perbelanjaan politik, walaupun aliran tunai 1MDB tidak mencukupi untuk menampung bayaran hutang.

"Ahli-ahli lembaga tertanya-tanya jika mereka akan menghadapi masalah. Menurut minit mesyuarat, pada mesyuarat 20 Disember, 2014 itu, mereka membincangkan apa yang perlu dilakukan jika polis datang menyiasat dakwaan penyelewengan kewangan," lapor WSJ.

Sehingga Mac 2014, hutang 1MDB dilaporkan melonjak kepada RM42 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani cek dari akaun peribadinya kepada wakil rakyat yang menggunakan wang berkenaan dengan cara yang mereka fikirkan wajar, kata seorang menteri kabinet yang tidak dinamakan.

Harian itu juga mendakwa Najib telah mengumpulkan pemimpin-pemimpin Umno pada Julai ketika beliau sedang diasak untuk meletakkan jawatan.

WSJ mendakwa beliau bercakap berkaitan sumbangan politik RM2.6 bilion.

“Saya ambil wang itu untuk kita semua,” beliau dipetik sebagai berkata.

1MDB dalam kenyataannya hari ini menolak laporan terbaru WSJ yang menurutnya “ dakwaan tidak berasas ” yang dikitar semula sejak pertengahan 2015.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS