Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Demi memberi kejutan istimewa kepada murid-murid di hari pertama sesi persekolahan, guru besar dan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (SKKK) 3, Kota Bharu, Kelantan menghasilkan idea kreatif di luar jangkaan.

Pada sesi perhimpunan pertama 2016, 1,360 murid sekolah tersebut diserikan dengan kehadiran dua watak filem sains fiksyen popular iaitu Star Wars .

Kemunculan Darth Vader yang berpakaian hitam dan Stormtroopers (putih) ternyata menarik perhatian terutamanya kepada 250 murid Tahun Satu yang mula melaporkan diri ke sekolah, Ahad lalu.

Sesuai dengan taraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Guru Besar SKKK 3, Seri Dewi Mohd Ibrahim, idea tersebut tercetus ketika pihak sekolah menghadiri satu mesyuarat di sebuah hotel di Kota Bharu.

Secara kebetulan menurut beliau, terdapat persembahan watak-watak animasi yang diadakan di hotel tersebut.

"Kemudian kami terus berjumpa dengan pihak pengurusan hotel tersebut untuk menyewa dua watak yang berpakaian kostum Star Wars .

"Dan mereka bersetuju dengan menyambut baik usaha kami dan Watak tersebut dilakonkan oleh dua pekerja mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini , hari ini.

Konsep didik hibur

Seri Dewi berkata, beliau sentiasa menerapkan idea di luar kotak kepada guru-guru dan murid di samping mengetengahkan konsep didik hibur.

"Hari pertama bersekolah memberi pelbagai rasa kepada murid-murid terutama murid tahun satu. Jadi kita cuba suntikan kepada mereka bahawa sekolah adalah tempat yang menyeronokkan.

"Jadi kita ambil pendekatan di luar jangkaan. Alhamdulillah idea ini begitu memberi keterujaan kepada semua murid termasuk ibu bapa yang turut datang menemani anak-anak mereka," jelasnya.

Seri Dewi berkata beliau memilih watak siri Star Wars kerana baru sahaja di mula tayangkan di pawagam 17 Disember lalu dengan siri ketujuh “The Force Awakens”.

Tambah beliau, sebagai SBT pihaknya lebih mengambil pendekatan dengan menekankan pendidikan sains dan bahasa Inggeris.

"Di SKKK 3 juga kita mempunyai Galeri Sains dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan menubuhkan kelab Neurosains dalam usaha kita menambah minat kepada murid dalam bidang tersebut," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS